Allah itu bukan benda atau 'ain tetapi Dia ada pada semua sesuatu. Akal manusia tak mungkin dapat mengenal Allah Taala. Hanya Allah sahaja Yang Boleh Mengenal Allah sendiri. Sebab itu Nabi S.A.W. menyatakan dalam hadis:
(Araftu Rabbi bi Rabbi)
Aku kenali Tuhanku dengan Tuhanku sendirii
Ilmu mengenal Allah itu bukan bertujuan mengenal Allah sebab memikir zat Allah pun dilarang oleh syarak. Bagaimana nak kenali Allah Taala. Ilmu Mengenal Allah itu adalah merujuk kepada Mengenal Diri kita sendiri.. Sebab Nabi S.A.W. bersabda :
Man 'Arafa Nafsahu paqad 'Arafa Rabbahu
"sesiapa yang mengenali dirinya sendiri sesungguhnya telah pun mengenali Tuhannya.
Jadi kenali diri maka akan kenal kita akan Tuhan. Diri itu merujuk kepada Roh yang dengan sebab wujud roh jasad yang mati ini dapat hidup dan apabila tiba satu ketika yang ditetapkan oleh Allah, roh akan meninggalkan jasad dan ketika itu jasad sudah tidak ada nilai lagi dan akan menjadi mayat lalu akan dikembalikan semula ketempat asalnya iaitu tanah bumi.
No comments:
Post a Comment